Friday 28 March 2014

visit MELAKA 2014

Melaka merupakan tempat yang paling lengkap dan terbaik untuk dilawati selain masyur Melaka juga sangat cantik dan bersih, ini dari pemerhatian aku sendiri. Keunikan yang tersendiri baik dari segi rekabentuk bangunan hingga cara hidup masyarakat telah membuatkan kita tidak pernah jemu untuk ke sini lagi walaupun ada sesetengah kita mungkin sudah berpuluh kali berkunjung ke sini.

Berkunjung ke Melaka seumpama kita sudah berkunjung ke seluruh Malaysia dan tidak lengkap bagi seorang pelancung luar datang ke Malaysia sekiranya tidak ke Melaka. Pelbagai tempat untuk dikunjungi selain tapak warisan peninggalan penjajah ada bermacam2 lagi tempat yang mungkin tidak sempat untuk kita habiskan dalam masa sehari.Dari zoo sampai la ke pantai semuanya menarik.

Intro aku up Melaka ni bukan apa sebenarnya pada 27 mac 2014 lepas aku sekeluarga telah berlibur ke Melaka sempena cuti persekolahan, jadi waktu terluang ada aku dan isteri manfaatkan dengan membawa kedua anak2 aku ke sini.

Kami menyewa menginap di Sentral Hotel betul2 Berdekatan dengan Bandar Hilir dan river cruise. Dengan harga rm296 untuk dua malam memey berbaloi2 la untuk kami. Syukur dengan rezeki allah dan aku menyarankan pada yang lain sangat elok menginap di hotel ni. Kelengkapan yang baik serta mempunyai kolam renang yang best hihihi..yang penting murah..tak gitew??

Antara aktiviti yang sempat kami lakukan ialah menaiki river cruise, bersantai di sekitar Melaka, pusing2 dengan train di zoo melaka, bird show, santai2 di Tjg Bidara dan terkhir shopping di Dataran Pahlawan Mega Mall dan banyak lagi.

Yang penting anak2 kami semua terhibur dan pastinya akan menjadi kenangan yang sangat berharga untuk keluarga kami.




















No comments:

Post a Comment