Thursday 1 January 2015

WELCOME TO THE NEW WORLD

Tepat pada 15.12.2014 bermulalah kehidupan baharu aku dengan segalanya berubah sama sekali. Aku telah memulakan tugasan baru aku di Singapura sebagai guest services, kerja baru dengan suasana dan persekitaran yang sangat asing bagi aku.

Dari sektor perkilangan aku bertukar ke sektor pelancungan yang mana memerlukan kita lebih berinteraksi terhadap orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat budaya dan negara.

Aku bangun tidur dari pukul empat pagi dan akan sampai ke tempat kerja dalam satu jam selepas itu, ini sekiranya aku mendapat shif awal pagi iaitu pukul 7.30 pg.. kenapa empat pagi? Ini kerana sekiranya aku terlambat bangun aku akan terpaksa meredah kesesakan yang sangat panjang dan lama...

Begitu juga sesi pulang kerja, pada mulanya aku sangat tertekan sekali, hilang segala kenikmatan kehidupan keluarga dan kawan2, aku sangat rasa kejanggalan dalam hidup aku. Tapi siapa boleh menduga akan sesuatu itu..

Tidak mengapa keputusan sudah pun dilakukan maka aku harus juga tempuh segala keperitan. Semakin lama aku bekerja di Singapura semakin keperitan itu mulai menghakis tetapi tidak sepenuhnya. Aku harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan kehidupan lama aku.

Ini bukan satu penyesalan, malah aku bersyukur kerana aku dikurnia allah swt dengan keberanian untuk melakukan perubahan dan aku tidak menyesal sama sekali keluar dari syarikat lama..

Apa yang perlu aku lakukan ialah aku harus memperbetulkan semula keadaan ini. Berusaha mencari semula atau sekurang tidak mendapatkan semula separuh dari nikmat bahagian yang teragut dari aku.

Selama ini aku dibuai kenikmatan sehingga kadangkala sampai kita lupa betapa berharganya saat2 penting kita bersama yang tersayang atau menyalah gunakan nikmat yang diberikan kepada perkara2 yang tidak sepatutnya. Bila sekarang ini barulah aku tersedar keluarga ialah keutamaan dan segalanya, duit walaupun sedulang tetapi tanpa kenikmatan masa bersama keluarga dan kehidupan sosial yang baik memang suatu kejanggalan yang nyata.

Untuk sekarang aku masih bahagia sekurang2nya allah tidak pernah menarik nikmat rezeki malah diberikannya pula melimpah ruah,anak2 yang sihat, dan apa yang perlu aku lakukan ialah bersabar, usaha , doa dan tawakkal. Mudah2an segala yang baik akan sentiasa bersama kami..

Allah humma ana....


No comments:

Post a Comment