Thursday 1 January 2015

WELCOME TO THE NEW WORLD

Tepat pada 15.12.2014 bermulalah kehidupan baharu aku dengan segalanya berubah sama sekali. Aku telah memulakan tugasan baru aku di Singapura sebagai guest services, kerja baru dengan suasana dan persekitaran yang sangat asing bagi aku.

Dari sektor perkilangan aku bertukar ke sektor pelancungan yang mana memerlukan kita lebih berinteraksi terhadap orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat budaya dan negara.

Aku bangun tidur dari pukul empat pagi dan akan sampai ke tempat kerja dalam satu jam selepas itu, ini sekiranya aku mendapat shif awal pagi iaitu pukul 7.30 pg.. kenapa empat pagi? Ini kerana sekiranya aku terlambat bangun aku akan terpaksa meredah kesesakan yang sangat panjang dan lama...

Begitu juga sesi pulang kerja, pada mulanya aku sangat tertekan sekali, hilang segala kenikmatan kehidupan keluarga dan kawan2, aku sangat rasa kejanggalan dalam hidup aku. Tapi siapa boleh menduga akan sesuatu itu..

Tidak mengapa keputusan sudah pun dilakukan maka aku harus juga tempuh segala keperitan. Semakin lama aku bekerja di Singapura semakin keperitan itu mulai menghakis tetapi tidak sepenuhnya. Aku harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan kehidupan lama aku.

Ini bukan satu penyesalan, malah aku bersyukur kerana aku dikurnia allah swt dengan keberanian untuk melakukan perubahan dan aku tidak menyesal sama sekali keluar dari syarikat lama..

Apa yang perlu aku lakukan ialah aku harus memperbetulkan semula keadaan ini. Berusaha mencari semula atau sekurang tidak mendapatkan semula separuh dari nikmat bahagian yang teragut dari aku.

Selama ini aku dibuai kenikmatan sehingga kadangkala sampai kita lupa betapa berharganya saat2 penting kita bersama yang tersayang atau menyalah gunakan nikmat yang diberikan kepada perkara2 yang tidak sepatutnya. Bila sekarang ini barulah aku tersedar keluarga ialah keutamaan dan segalanya, duit walaupun sedulang tetapi tanpa kenikmatan masa bersama keluarga dan kehidupan sosial yang baik memang suatu kejanggalan yang nyata.

Untuk sekarang aku masih bahagia sekurang2nya allah tidak pernah menarik nikmat rezeki malah diberikannya pula melimpah ruah,anak2 yang sihat, dan apa yang perlu aku lakukan ialah bersabar, usaha , doa dan tawakkal. Mudah2an segala yang baik akan sentiasa bersama kami..

Allah humma ana....


Friday 28 March 2014

visit MELAKA 2014

Melaka merupakan tempat yang paling lengkap dan terbaik untuk dilawati selain masyur Melaka juga sangat cantik dan bersih, ini dari pemerhatian aku sendiri. Keunikan yang tersendiri baik dari segi rekabentuk bangunan hingga cara hidup masyarakat telah membuatkan kita tidak pernah jemu untuk ke sini lagi walaupun ada sesetengah kita mungkin sudah berpuluh kali berkunjung ke sini.

Berkunjung ke Melaka seumpama kita sudah berkunjung ke seluruh Malaysia dan tidak lengkap bagi seorang pelancung luar datang ke Malaysia sekiranya tidak ke Melaka. Pelbagai tempat untuk dikunjungi selain tapak warisan peninggalan penjajah ada bermacam2 lagi tempat yang mungkin tidak sempat untuk kita habiskan dalam masa sehari.Dari zoo sampai la ke pantai semuanya menarik.

Intro aku up Melaka ni bukan apa sebenarnya pada 27 mac 2014 lepas aku sekeluarga telah berlibur ke Melaka sempena cuti persekolahan, jadi waktu terluang ada aku dan isteri manfaatkan dengan membawa kedua anak2 aku ke sini.

Kami menyewa menginap di Sentral Hotel betul2 Berdekatan dengan Bandar Hilir dan river cruise. Dengan harga rm296 untuk dua malam memey berbaloi2 la untuk kami. Syukur dengan rezeki allah dan aku menyarankan pada yang lain sangat elok menginap di hotel ni. Kelengkapan yang baik serta mempunyai kolam renang yang best hihihi..yang penting murah..tak gitew??

Antara aktiviti yang sempat kami lakukan ialah menaiki river cruise, bersantai di sekitar Melaka, pusing2 dengan train di zoo melaka, bird show, santai2 di Tjg Bidara dan terkhir shopping di Dataran Pahlawan Mega Mall dan banyak lagi.

Yang penting anak2 kami semua terhibur dan pastinya akan menjadi kenangan yang sangat berharga untuk keluarga kami.




















Monday 10 March 2014

Play Ground

Pada ahad lepas sempat juga membawa anak2 bermain di taman permainan berdekatan. Memandangkan cuaca sedang kemarau dan panas membahang tepat pukul 5 kami berempat bersiap ke taman permainan di Setia Tropika. Ramai juga pengunjung walaupun musim kemarau.

Seronok juga melayankan budak2 nie, seronok betul si Fahim dan Wafi dapat enjoy berlari kesana sini. Wafi sibuk nak mengikut abang dia memanjat tapi faham2 saje la si wafi kalau dah naik memang tak tahu nk turun jadinya dia akan terus terjun yang tu agak merisaukan kami, tapi aku dia ok2 je.

Fahim macam biasa la terus pecut sesampai je, tak nampak bayang langsung tahu2 muncul je kat kolong gelungsur. So far dia pun dah pandai jaga diri jadi kami tidak terlalu risaukan dia.



Friday 7 March 2014

Aduhai Anak..

Bersungguh si wafi

                 
Fahim beria betul dia menyuap

Hari sabtu sebegini dapat la aku dan isteri untuk bersama anak-anak kami meluangkan masa melayan karenah mereka. Anak kami yang sulung semenjak bersekolah ni agak rajin dia bercerita perihal sekolah dan rakan-rakannya.Seronok mendengar cerita dan kadang2 siap lakonan semula kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekolah..

Anak aku yang kedua pula semenjak abang dia dah mula bersekolah lain pula karenahnya, manakan tidak semua buku kepunyaan Fahim dia yang "kemaskan " sampai pening abang dia dibuatnya. Lebih2 lagi kalau abang dia tengah buat "home work" bertambah sibuk la dia dengan buku2 abang dia tu selalunya akan berakhir dengan tangisan,samada tangisan si abang atau si adik.

Selalunya hari jumaat selepas solat maghrib Umi Fahim akan periksa setiap kerja rumah yang cikgu berikan,sekiranya ada kami pastikan yang ianya akan di siapkan pd hari itu juga dan sekiranya agak banyak atau tumpuan dia berkurangan maka akan di sambung pada hari esok, jadinya waktu kami agak sedikit terhad setelah cuti tidak selaras dilaksanakan.
Bagaimanapun perhatian tetap dititik beratkan.

Wednesday 26 February 2014

MyFamily Pengenalan

 
Aku rasa sangat kecewa sekarang ini kerana blog lama aku tidak boleh di akses, masalah teknikal datang dari aku juga, sebenarnya blog ini masih boleh dilawati cuma aku sahaja yang tidak boleh nak up date, lepas ini mungkin aku terpaksa minta bantuan makcik kipochi aku tu untuk selesaikan masalah ni..Aku dah cuba sebelum ini tetapi tidak berjaya pasai aku bukan pakar dalam bab2 it ni..So tengok la apa akan jadi lepas ni. Buat pengetahuan ini adalah blok aku yg ke 4 kckckc..
 
1. Janjibagus.BlogSpot
2.linahasfahim.BlogSpot
3.adiarlina.wordpress.com
4.myFamilyinteam.BlogSpot
 
nak buat apa blog banyak2 nie? tengok la pandai2 la aku kelolakan nanti..