Friday 7 March 2014

Aduhai Anak..

Bersungguh si wafi

                 
Fahim beria betul dia menyuap

Hari sabtu sebegini dapat la aku dan isteri untuk bersama anak-anak kami meluangkan masa melayan karenah mereka. Anak kami yang sulung semenjak bersekolah ni agak rajin dia bercerita perihal sekolah dan rakan-rakannya.Seronok mendengar cerita dan kadang2 siap lakonan semula kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekolah..

Anak aku yang kedua pula semenjak abang dia dah mula bersekolah lain pula karenahnya, manakan tidak semua buku kepunyaan Fahim dia yang "kemaskan " sampai pening abang dia dibuatnya. Lebih2 lagi kalau abang dia tengah buat "home work" bertambah sibuk la dia dengan buku2 abang dia tu selalunya akan berakhir dengan tangisan,samada tangisan si abang atau si adik.

Selalunya hari jumaat selepas solat maghrib Umi Fahim akan periksa setiap kerja rumah yang cikgu berikan,sekiranya ada kami pastikan yang ianya akan di siapkan pd hari itu juga dan sekiranya agak banyak atau tumpuan dia berkurangan maka akan di sambung pada hari esok, jadinya waktu kami agak sedikit terhad setelah cuti tidak selaras dilaksanakan.
Bagaimanapun perhatian tetap dititik beratkan.

No comments:

Post a Comment